Monday, May 18, 2009

Perlukan Sumbangan Ikhlas

Madrasah Al Masriah, Simpang Renggam, Johor sehingga sekarang telah berusia lebih dari 24 tahun dan telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya.

Sepanjang tempoh itu juga, banyak peralatan dan bangunan yang memerlukan penyelenggaraan.



Beberapa gambar infrastruktur termasuk keadaan asrama, Bilik Sembahyang, bilik tidur, bilik makan dan sebagainya. Adalah diharapkan, gambar-gambar ini dapat memberi sedikit gambaran mengapa sumbangan ikhlas dari semua amat diperlukan.





Papan Tanda





Keadaan Bilik Asrama



Keadaan Bilik Asrama



Bangunan Luar Surau






Bilik Air dan Tandas Asrama



Atap Bilik Air yang pecah





Bilik Makan



Surau






Semoga mendapat perhatian dan jasa baik semua supaya dapat membantu di dalam membaik pulih kemudahan yang sangat diperlukan.


Segala jasa baik dan sumbangan ikhlas kami ucapka ribuan terima kasih.


Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Madrasah Al Masriah seperti no. di bawah:-



Sunday, May 10, 2009

Madrasah Al Masriyah

Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati. Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut. Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.

Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.

Sehingga sekarang, Madrasah ini Al Masriyah telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain. FALSAFAH

" Ke Arah Melahirkan Insan Beriman, Berilmu, Beramal, Bertaqwa & Berjihad "




MATLAMAT

Al Masriyah menjadi salah sebuah pusat pengajian ilmu Islam dan pengembangannya ke tengah masyarakat.

Al Masriyah menjadi pusat penghayatan dan pentarbiyahan Islam berdasarkan Al Quran dan as Sunnah.

Al Masriyah menjadi pembekal para ulamak Warasatul Anbiyak yang teguh membela Islam sebagai ad Deen Wad Daulah.

Al Masriyah menjadi markaz kefahaman dan kemahiran Bahasa Arab.






SYARAT KEMASUKAN

1. Pengajian Akademik / Ta'lim
- Berumur 11 tahun ke atas.
- Berminat dan bersedia untuk belajar.
- Boleh membaca dan menulis.


2. Tahfiz
- Berumur 10 tahun ke atas.
- Berminat dan bersedia untuk menghafaz.
- Boleh membaca Al Quran.
- Boleh membaca dan menulis Jawi dan Rumi.
- Lulus ujian kelayakan ke Tahfiz Penuh.






Kos bagi Pelajar Baru adalah RM 460.00
Kos bagi Pelajar Lama adalah RM 325.00






KEPERLUAN


1. PAKAIAN SEKOLAH
LELAKI
Tingkatan 1~3

- Kemeja RAIHAN (Putih) belah tengah dan lengan ketap.
- Seluar panjang (hijau tua)
- Kopiah Putih
- Kasut (Hitam)

Tingkatan 4~5
- Kemeja RAIHAN (Ungu Tua) belah tengah dan lengan ketap.
- Seluar panjang (Hitam)
- Kopiah Putih
- Kasut (Hitam)



Nazirah / Tahfiz
- Jubah Putih (tidak melebihi buku lali)
- Kopiah & Serban
- Kain / Seluar panjang




PEREMPUAN

Tingkatan 1~3
- Jubah (Hijau) / lengan ketap
- Kasut (Hitam)


Tingkatan 4~5
- Jubah (Ungu tua) / Lengan ketap
- Kasut (Hitam)


2. PAKAIAN HARIAN & RIADHAH

3. KEPERLUAN INDIVIDU & ASRAMA
- Tilam / Bantal / Cadar / Sarung Bantal / Selimut
4. KEPERLUAN INDIVIDU
- Sabun / berus gigi / gayung / baldi / berus kain / cawan / pinggan / thermos / botol untuk air masak / sudu / dan keperluan seadanya.








Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah:-